PARIS: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram, Pavel Durov ditangkap oleh polis Perancis di sebuah lapangan terbang utara Paris. Durov ditahan selepas jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget, lapor media Perancis. Menurut pegawai, lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap di bawah waran berhubung kesalahan berkaitan dengan aplikasi pemesejan popular itu. Kedutaan Russia di Perancis sedang mengambil langkah segera untuk menjelaskan keadaan, menurut agensi berita TASS Russia. Saluran televisyen Perancis,…