Bunyi siren polis tanpa henti di Birmingham

Bunyi siren polis tanpa henti di Birmingham

Polis berdepan dengan sekumpulan perusuh dengan slogan `Enough is Enough’ di Liverpool kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia mengalami detik cemas apabila keretanya dihon berkali-kali ketika memandu di satu bulatan di Birmingham, United Kingdom (UK) mungkin kerana dirinya berhijab.

Kongsi Yusniyati, 47, perkara itu berlaku kelmarin ketika dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Perunding Kewangan yang menetap di Birmingham, United Kingdom (UK) hampir setahun itu bagaimanapun bersangka baik mengenai ‘serangan’ itu kerana isu lain walaupun ke­adaan di sana ketika ini membimbangkan.

“Dalam kereta ketika di bulatan, kereta kami di hon kuat tanpa sebab oleh lelaki Ing­geris… mungkin sebab nampak saya berhijab.

“Pusing dekat bulatan itu memang betul laluan kami, cuma mungkin dia nak masuk laluan dia juga, tetapi kami terus jalan,” kongsinya ketika dihubu­ngi, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, UK berdepan gelombang rusuhan terburuk dalam tempoh 13 tahun selepas pelampau sayap kanan menyasarkan pencari suaka dan komuniti etnik minoriti termasuk yang beragama Islam.

Segalanya bermula gara-gara penyebaran maklumat palsu anti-Muslim di media sosial dan mencetuskan keganasan serta Islamofobia susulan kejadian tikaman di Southport, utara England pada 29 Julai lalu.

Yusniyati berkata, dia dan keluarga rasa terancam dengan perkdan mengurangkan keluar rumah serta mengelakkan ke kawasan rusuhan.

“Keadaan masih terkawal, tetapi sesetengah tempat memang teruk. Suami memang tengok depan mata sendiri masa mereka buat rusuhan di Tamworth, lontar bom petrol, ro­sakkan kedai-kedai, jadi suami terpaksa balik kerja cepat-cepat.

“Hari-hari di sini bunyi siren kereta polis. Seboleh-bolehnya kami kurangkan keluar sebab takut jadi sasaran.

“Sesetengah tempat memang ramai yang berhimpun dan buat rusuhan seperti di Bordesley yang tidak jauh dari tempat kami, jadi kami cuba elak pergi tempat-tempat itu,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak .

Menurut beliau, komuniti Islam di Birmingham sudah bersedia membuat benteng pertahanan jika keadaan menjadi lebih teruk.

“Birmingham ramai muslim dan sudah siap sedia buat pertahanan sekiranya perusuh datang nak serang. Setakat ini tidak jadi lagi (serangan) dan keadaan masih terkawal.
“Muslim ramai sini akan bersatu sekiranya kami di serang. Mereka juga berjaga-jaga jika masjid di serang,” ceritanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN