SEREMBAN: Bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, 79, meninggal dunia di kediamannya di Taman Marida, Senawang di sini kira-kira pukul 7.43 malam tadi. Menantu kepada Allahyarham, Danial Farhan Dolmat memberitahu, bapa mentuanya itu meninggal dunia dalam keadaan koma selepas dibawa dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Cheras, Kuala Lumpur, petang tadi. “Allahyarham disahkan menghidap kanser hati sejak lebih sebulan lalu. Sebelum arwah meninggal dunia, dia dalam keadaan…










