Bayi 10 bulan lumpuh akibat polio di Gaza

Bayi 10 bulan lumpuh akibat polio di Gaza

PEKERJA UNRWA memberikan vaksin Polio dan vaksin virus Rota untuk kanak-kanak di sebuah klinik di kem pelarian Bureij di tengah Gaza, pada 9 September 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang bayi berusia 10 bulan di Gaza lumpuh akibat virus polio jenis 2 (cVDPV2).

Perkembangan itu merekodkannya sebagai kes pertama di wilayah itu dalam tempoh 25 tahun, lapor Reuters semalam.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata, bayi itu hilang pergerakan di bawah kaki kirinya, kini dalam keadaan stabil.

Susulan itu, WHO menggesa Israel dan kumpulan pejuang Hamas bersetuju dengan jeda kemanusiaan selama tujuh hari dalam perang mereka selama 10 bulan untuk membolehkan kempen vaksinasi diteruskan di wilayah itu.

Ketua Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan penangguhan jeda kemanusiaan akan meningkatkan penyebaran virus dalam kalangan kanak-kanak.

“Polio tidak membezakan antara kanak-kanak Palestin atau Israel. Melambatkan jeda kemanusiaan akan meningkatkan risiko penyebaran,” katanya dalam hantaran di X, semalam.

Terdahulu, WHO mengumumkan dua pusingan kempen vaksinasi polio akan bermula pada akhir Ogos dan September ini di seluruh Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza pertama kali melaporkan kes polio pada bayi berusia 10 bulan yang tidak divaksin seminggu lalu di pusat bandar Deir Al-Balah, kawasan yang sering diserang dalam peperangan.

Walaupun virus jenis 2 tidak berbahaya secara semula jadi berbanding jenis 1 dan 3, ia kekal menjadi punca penularan wabak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutama di kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi rendah.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×