BUTTERWORTH: Kerajaan negeri komited untuk melaksanakan inisiatif tanaman jagung bagi membantu masyarakat desa menjana pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, pada masa sama, inisiatif itu juga diharap mampu melahirkan golongan usahawan jagung yang berdaya saing pada masa depan. Menurutnya, projek dikenali sebagai Balik Kampung, Tanam Jagung itu secara umumnya menyasarkan masyarakat desa dan luar bandar di negeri ini sebagai pengeluar jagung melibatkan…










