BALI: Pihak berkuasa imigresen di pulau Bali, Indonesia mempertingkatkan pengawasan terhadap warga asing terutama pelancong. Tindakan itu adalah langkah proaktif sebagai tindak balas kepada lonjakan kedatangan pelancong ke destinasi popular di negara tersebut. Data rasmi imigresen wilayah itu menunjukkan, 3.89 juta pelancong asing melawat Bali dari Januari hingga Julai tahun ini. Jumlah itu meningkat dengan ketara daripada 2.9 juta kunjungan yang dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lepas. Pelancong asing…