KULIM: Hasrat menyambung pengajian hampir sahaja dilupakan seorang remaja dari keluarga kurang berkemampuan walaupun ditawarkan tempat di sebuah universiti awam dan politeknik di sini. Arif Mahmudi Shamsul, 18, berkata, dia menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Bahan di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). “Ayah hanya berniaga sendiri secara kecil-kecilan, jadi disebabkan kekangan kewangan, dia tidak…