JERANTUT: Pengusaha tanaman pisang terkejut apabila melihat 150 batang pokok pisang tanduk dan berangan musnah akibat diceroboh kawanan gajah liar di kebun berdekatan Blok 20 ladang sawit Felda Kota Gelanggi Dua di sini. Pengusaha terbabit, Muhamad Ridzuan Che Dan, 41, berkata, pokok pisang berusia sembilan bulan yang sudah mengeluarkan hasil musnah apabila batangnya ditumbangkan gajah liar untuk makan umbut, pucuk muda dan buah. “Saya anggarkan kawanan gajah liar ini terdiri…