Ahmad Zahid harap kenaikan gaji tidak beri kesan pada harga barang - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid harap kenaikan gaji tidak beri kesan pada harga barang

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) beramah mesra dengan anak Orang Asli di Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam diharapkan tidak memberi kesan kepada harga barang.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga berharap kadar inflasi pada tahap 3.5 peratus dapat dikekang oleh agensi penguat kuasa.

Menurutnya, kenaikan gaji penjawat awam sangat dialu-alukan kerana sudah 12 tahun tidak berlaku pelarasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendapatan dalam kalangan kakitangan sokongan mendapat peratusan kenaikan yang tinggi. Kenaikan gaji dilihat munasabah kerana kita tahu kos sara hidup ketika ini sangat terbeban.

“Dengan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat melegakan mereka,”katanya selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Pos Pulat, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, kerajaan mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini