SEREMBAN: Seramai 8,846 orang pelajar dan 145 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) sehingga bulan lalu. Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan berkenaan melibatkan sekolah dari 27 buah lokasi seluruh negara dengan membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.31 juta. “Tahun ini kami memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk bantuan persekolahan seluruh negara. Kami turut membantu melalui pelbagai program lain seperti bantuan awal…