KHARTOUM: Hampir 500 hari keganasan dan konflik menyebabkan Sudan berada dalam cengkaman krisis kemanusiaan yang dikatakan antara terbesar di dunia. Dianggarkan 52,000 orang terbunuh dan cedera, manakala puluhan juta orang kehilangan tempat tinggal sejak April 2023. Ia tercetus susulan perebutan kuasa antara tentera Sudan yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera yang dipimpin oleh bekas timbalannya, Mohamed Hamdan Dagalo. Walaupun skala krisis akibat…