39 calon bertanding jawatan Presiden Sri Lanka

39 calon bertanding jawatan Presiden Sri Lanka

POSTER Ranil Wickremesinghe digantung di sepanjang jalan, menjelang pilihan raya presiden Sri Lanka.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, berdepan saingan 38 pencabar pada pilihan raya bulan depan, ketika negara ini berdepan krisis ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera.

AFP melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya R.M.A.L. Rathnayake berkata, pihaknya semalam menerima 39 pencalonan tanpa seorang pun calon wanita.

Sebanyak 35 calon bersaing dalam perebutan jawatan Presiden negara ini pada 2019.

Pada pemilihan kali ini yang pertama selepas Wickremesinghe, 75, mengambil alih pemerintahan dua tahun lalu, beliau dijangka menghadapi saingan sengit daripada pemimpin pembangkang, Sajith Premadasa, 57, dan pemimpin berhaluan kiri, Anura Kumara Dissanayaka, 55.

Antara calon yang turut bertanding ialah anak lelaki kepada bekas Presiden, Namal Rajapaksa, 38, dan bekas Perdana Menteri Sri Lanka,, Mahinda Rajapaksa.

Lebih 17 juta individu layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang akan diadakan pada 21 September depan.

Keputusan pilihan raya dijangka diumumkan sehari kemudian dengan Presiden baharu mesti mengangkat sumpah dalam tempoh dua minggu.

Wickremesinghe dilantik sebagai Presiden pada Julai 2022 bagi menghabiskan baki penggal pemerintahan Gotabaya Rajapaksa, yang meletak jawatan susulan tunjuk perasaan selama berbulan-bulan oleh rakyat berhubung krisis ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×