KOTA BHARU: Sebanyak 29,098 premis daripada 38,067 premis di Semenanjung Malaysia telah berdaftar lesen untuk menjual produk tembakau dari Lembaga Kenaf dan Tembakau (LKTN) sejak 1 Januari 2023 hingga 15 Julai lalu. Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, sektor industri tembakau dikawal dan dipantau melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011. Menurutnya, selain itu, Peraturan-Peraturan LKTN (Pengkompaunan Kesalahan) 2024 turut diwartakan pada…










