2,200 peneroka Kesedar terima tanah

2,200 peneroka Kesedar terima tanah

ORANG ramai tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Ahmad Zahid Hamidi semasa hadir ke Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan Kampung Renok Baru, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kira-kira 2,200 peneroka di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan menerima pemilikan tanah dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia melibatkan kawasan seluas 7,000 hektar dan proses pecah lot untuk tanah berkenaan sudah selesaikan dilakukan.

Menurutnya, proses itu tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang sedang berlangsung ketika ini.

“Proses ini dilakukan sebelum PRK berlaku lagi. Setiap lot itu melibatkan keluasan sebanyak sekitar 3.18 hektar.

“Jumlah ini melibatkan seluruh kawasan Kesedar, bukan Nenggiri semata,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan Kampung Renok Baru di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan berusaha sebaik mungkin menyelesaikan masalah yang berbangkit termasuk isu pemilikan tanah.

Katanya, pada masa sama, kerajaan negeri diingatkan supaya tidak mengugut rakyat dengan mengatakan kuasa penyerahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan oleh mereka sahaja.

“Itu adalah tidak betul kerana dimana ianya membabitkan tanah Kesedar. Kita (Kesedar) membayar premium, kerajaan negeri tiada hak.

“Apabila tanah itu milik kita, kita berhak memberi hak milik kepada peneroka. Jadi, saya mengingatkan semua pengundi supaya jangan terpedaya dengan ugutan berkenaan,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, beliau mahu pengundi memberikan kemenangan kepada BN pada 17 Ogos ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN