ALOR GAJAH: Nasib mangsa banjir kilat Masjid Tanah di sini dan kawasan sekitarnya terus dibela melalui penyaluran 180 Pakej Prihatin disumbangkan Yayasan Petronas. Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan, Mohd. Zaki Mahat berkata, pakej yang mengandungi barangan asas seperti air mineral, selimut, tuala mandi dan makanan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini, untuk diagihkan kepada sembilan pusat pemindahan sementara (PPS). Katanya, selain itu, Kad Hadiah Petronas turut disampaikan kepada Pegawai Daerah Alor Gajah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk disalurkan kepada agensi kerajaan terlibat. “Sumbangan itu bertujuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya