WHO hantar lebih sejuta vaksin polio ke Gaza

WHO hantar lebih sejuta vaksin polio ke Gaza

PENDUDUK Palestin berjalan di atas runtuhan bangunan yang musnah, antara dua kolam air bertakung di Khan Younis, selatan Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar lebih satu juta vaksin polio ke Gaza bagi mengelakkan kanak-kanak dijangkiti virus itu selepas ia dikesan dalam sampel kumbahan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kanak-kanak bawah lima tahun paling berisiko dijangkiti virus ini, terutama bayi di bawah dua tahun kerana kempen vaksinasi biasa terganggu oleh konflik lebih sembilan bulan.

“Walaupun tiada kes polio direkodkan lagi, tanpa tindakan segera hanya menunggu masa sebelum ia menjangkiti ribuan kanak-kanak yang dibiarkan tanpa perlindungan,” katanya dalam artikel pendapat di The Guardian, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Poliomielitis, yang tersebar terutamanya melalui najis ke mulut, adalah virus sangat berjangkit yang boleh menyerang sistem saraf dan menyebabkan lumpuh.

Kes polio menurun sebanyak 99 peratus di seluruh dunia sejak 1988, susulan kempen vaksinasi besar-besaran dan usaha berterusan untuk membasmi virus sepenuhnya.

Ahad lalu, tentera Israel berkata, ia akan mula menawarkan vaksin polio kepada askar yang berkhidmat di Gaza selepas sisa virus itu ditemukan dalam sampel ujian di kawasan tersebut.

Selain polio, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan minggu lalu peningkatan meluas dalam kes Hepatitis A, disentri dan gastroenteritis apabila keadaan kebersihan semakin merosot di Gaza, dengan kumbahan melimpah ke jalan berhampiran beberapa kem penduduk yang dipindahkan.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN