GUA MUSANG: Wanita yang nyaris maut dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan untuk menjalani prosedur pembedahan. Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih dalam pemantauan rapi doktor selepas bahagian tulang punggung dan tulang rusuk patah akibat batang balak menimpa bahagian belakangnya. Selain itu, wanita itu juga mengalami kecederaan serius pada bahagian…









