Vape: Draf sudah siap, kenapa belum diwartakan?

Vape: Draf sudah siap, kenapa belum diwartakan?

KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelewatan Kementerian Kesihatan (KKM) mewartakan peraturan untuk rokok elektronik (vape) menyebabkan berlakunya risiko yang signifikan terhadap kesihatan awam dan menyebabkan ia dieksploitasi industri.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan draf bagi regulasi tersebut sudah disiapkan sejak hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga kini tidak mempunyai berita mengenai regulasi berkenaan peraturan rokok elektronik itu dan kerajaan perlu tampil memberi penjelasan terhadap kelewatan yang berlaku.

“Ia membimbangkan apabila terdapat 111 kes pendedahan kepada cecair vape yang kandungannya tidak diketahui seperti dilaporkan pada Pusat Racun Negara (NPC) dari 2015 hingga tahun lalu. Ini adalah selain dari kes-kes penyakit kecederaan paru-paru (Evali) dan beberapa kes ini melibatkan kanak-kanak bawah umur.

“Tiada yang tahu siapa lagi mungkin terdedah kepada bahan vape yang tidak diketahui kandungannya dan tanpa regulasi, siapa akan bertanggungjawab?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 39 kes pesakit direkodkan mengalami penyakit Evali bermula 2019 hingga Jun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak lapan kes pesakit Evali adalah golongan remaja yang berusia 14 hingga 19 tahun.

Mengulas lanjut, Dr. Azizan berkata, pihaknya mendapati trend peningkatan penjualan vape di persekitaran kawasan universiti dan sekolah meningkat kerana tiada peraturan yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Kiosk itu tidak hanya menjual produk berkaitan vape tetapi juga mempromosikan ia sebagai pilihan gaya hidup kepada golongan muda, ini membawa kepada ketagihan nikotin di awal usia dan menormalisasikan vape.

“Pemasaran vape yang agresif sebagai trend adalah sangat membimbangkan, ia boleh memupuk ketagihan jangka panjang, terutamanya di kalangan belia yang mudah terpengaruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×