JOHOR BAHRU: Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kerjaya kedua selepas bidang akademik, sebaliknya kini menjadi laluan utama pendidikan negara. Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd. Noor Shahudin berkata, perkara itu dibuktikan menerusi kesungguhan kerajaan merealisasikan agenda TVET Nasional agar setanding negara maju. Menurutnya, Malaysia mahu mencontohi kelebihan teknologi negara seperti Jerman, Australia, Jepun, Korea Selatan, China dan Singapura. “Politeknik Malaysia dengan…










