KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang kali pertama diperkenalkan kepada Tengku Ampuan Pahang serta lapan lagi penerima.
Turut dikurniakan SAAS yang membawa gelaran Datuk Seri Setia, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tujuh lagi penerima darjah kebesaran SAAS, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.
Turut tersenarai Tengku Puteri Seri Teja, Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah; Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Aishah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah; Tengku Puteri Seri Lela Manja, Tengku Nong Fatimah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Shahariah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.
Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Di Hormati kepada paduka adinda Raja Jordan, Putera Ali Al Hussein.
Al-Sultan Abdullah turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) membawa gelaran datuk seri diraja kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tujuh penerima dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran datuk seri.
Penerima SSAP adalah Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr. Alwi Mohamed Yunus; Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib dan Perunding Ancom Nylex Berhad, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak.
Dua orang menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran datuk indera iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan Secretary General Higher Committee of Human Fratenity, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Dr. Khalid Ghanim AlGaith.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Ir. Razali Kassim bersama Duta Besar Malaysia Ke Itali, Zahid Rastam dan Pengarah Asian Perlite Industries Sdn. Bhd., Lukman Runia Albert dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.
Mengakhiri senarai penerima ialah Juruiring kepada Putera Ali Al Hussein, Brig Gen (Rtd) Farid Moh’d. Ali Hajamat Qat yang dikurniakan darjah kebesaran Setia Al-Sultan Abdullah Pahang (SAS). – UTUSAN










