Thailand kekal tarif elektrik, harga diesel

Thailand kekal tarif elektrik, harga diesel

KADAR baharu tarif elektrik ditetapkan pada 4.18 baht (RM0.54 sen) seunit sehingga akhir tahun ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan langkah untuk mengehadkan tarif elektrik pada 4.18 baht (RM0.54 sen) seunit sehingga akhir tahun dan harga diesel pada 33 baht (RM4.27) seliter sehingga 31 Oktober.

Undang-undang struktur tenaga baharu itu diperkenalkan mulai semalam.

Selepas mesyuarat Kabinet, Menteri Tenaga, Pirapan Salirathavibhaga mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan langkah pengurangan harga tenaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kadar baharu tarif elektrik ditetapkan pada 4.18 baht (RM0.54 sen), dengan sokongan berterusan untuk kumpulan rentan yang menggunakan tidak lebih daripada 300 unit sebulan, yang akan dikenakan bayaran sebanyak 3.99 baht (RM0.51 sen) seunit sehingga akhir tahun.

Pirapan berkata, harga siling diesel kekal 33 baht (RM4.27) seliter sehingga akhir Oktober tahun ini, menggunakan mekanisme Tabung Minyak.

“Harga tarif elektrik dan diesel ini akan dikekalkan masing-masing sehingga Disember dan Oktober tahun ini,” katanya seperti dilaporkan portal berita, Thai PBS World.

Pirapan berharap keputusan mengekalkan harga diesel dapat mengurangkan beban dalam sektor pengangkutan.

Terdahulu, Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga menjangkakan tarif elektrik akan meningkat antara 4.65 dan 6.01 baht (RM0.60 sen hingga RM0.78 sen) per kiloWatt-jam September ini, sejajar dengan kenaikan harga tenaga.

Bulan lalu, inflasi di Thailand meningkat untuk bulan kedua berturut-turut, mencatat kadar tertinggi dalam 13 bulan disebabkan oleh kenaikan harga tenaga dan harga produk pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN