SEREMBAN: Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun hari ini berhubung sindiket penipuan tawaran kerja sambilan di aplikasi Telegram. “Mangsa dipercayai telah berurusan melalui aplikasi Telegram tersebut dengan individu yang tidak dikenali dan telah menyertai kerja sambilan secara dalam…










