KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan projek ternakan ikan tilapia menggunakan teknologi Rapid Biofloc yang dibangunkan hasil kajian pakar universiti tersebut bagi membantu memperkasakan taraf ekonomi penduduk. Pemangku Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, melalui teknologi itu, ikan tilapia diternak menggunakan kanvas tanpa merosakkan tanah dan tidak memerlukan kawasan yang luas untuk membina kolam seperti ternakan konvensional selama ini. Menurutnya, teknologi itu juga dapat mengurangkan kos…