Terengganu pertahan kedudukan terbaik lima tahun berturut-turut

Terengganu pertahan kedudukan terbaik lima tahun berturut-turut

EMPAT pelajar melihat keputusan STPM melalui telefon pintar di SMK Nasiruddin, Besut, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Terengganu mempertahankan kedudukan terbaiknya lima tahun berturut-tu­rut apabila merekodkan ke­pu­tusan cemerlang bagi pepe­riksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, negeri ini mencatatkan Pura­ta Nilai Gred Keseluruhan (PN­GK), 3.11, mengatasi PNGK Kebangsaan iaitu 2.84.

Menurut beliau, seramai 2,211 calon mendaftar untuk men­duduki peperiksaan STPM pada tahun 2023 di 46 buah pusat peperiksaan di Terengganu.

“Daripada 2, 211 orang calon, seramai 79 calon berjaya mendapat keputusan semua A penuh dengan PNGK 4.00 berbanding calon memperoleh semua A penuh tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan STPM Terengganu 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, di sini semalam.

Wan Zuraidi memberitahu, pencapaian calon luar bandar juga di tahap membanggakan apabila mencatatkan PNGK 3.05 berbanding pencapaian ca­lon bandar iaitu 3.12.

Tambahnya, sebanyak 36 da­ripada 46 buah sekolah menca­pai PNGK 3.00 dan ke atas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN