Tasik Taiping kering jadi tumpuan pengunjung

Tasik Taiping kering jadi tumpuan pengunjung

PENGUNJUNG berjalan di dasar Taman Tasik Taiping yang kering berikutan cuaca panas. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Sebahagian Taman Tasik Taiping yang kering kontang akibat cuaca panas menjadi tumpuan pengunjung di taman itu dengan mereka mengambil peluang berjalan di dasarnya.

Selain mahu merasai pengalaman berjalan di dasar tasik yang kering, pengunjung juga dilihat bergambar, merakamkan pemandangan keadaan di tasik itu yang berubah keadaan seperti suasana di tepi pantai.

Ada di antara mereka yang berjalan sehingga ke tengah tasik sambil menyifatkan kejadian kali ini lebih teruk berbanding situasi sebelum ini.

“Sebelum ini memang pernah berlaku air di tasik ini kering tetapi tidak teruk begini.

“Ini menunjukkan cuaca panas kali ini luar biasa, ekstrem sehinggakan Taiping yang dikenali sebagai bandar hujan pun sudah lama tidak menerima hujan,” kata seorang pengunjung yang enggan dikenali.

Difahamkan bandar ini mengalami kekurangan taburan hujan sejak dua minggu lepas.

Taman berusia lebih 100 tahun itu ialah taman awam pertama di negara ini dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara yang ingin menikmati ketenangan dan kehijauan alam.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan mengenai tasik itu kering akibat cuaca panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×