Taman Tasik Taiping kering-kontang

Taman Tasik Taiping kering-kontang

KEADAAN Taman Tasik Taiping yang kering disebabkan cuaca panas. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Selain Tasik Bukit Merah di Bagan Serai yang kering berikutan musim panas, kawasan rekreasi popular di Tai­ping, iaitu Taman Tasik Taiping turut berdepan masalah sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan sebahagian tasik itu sudah kering sejak dua ming­gu lalu menyebabkan tanah di dasar merekah.

Sebelum ini keadaan sama pernah berlaku, namun tidak sekering kali ini disebabkan kurangnya taburan hujan di bandar tersebut.

Taiping dikenali sebagai bandar paling basah di negara ini berikutan hujan yang kerap, namun sejak kebelakangan ini kawasan itu sudah lama tidak menerimanya.

Taman Tasik Taiping merupakan taman awam pertama di negara ini dan antara taman tercantik.

Taman itu membawa simbol ketenangan kepada pengunjung dengan pemandangan pokok hujan-hujan berusia lebih satu abad.

Sementara itu, pengunjung mengakui terkejut dengan kea­daan tasik itu yang kering sebahagiannya dan dianggap paling teruk pernah berlaku.

Seorang pengunjung dari Kuala Kangsar yang enggan dikenali berkata, dia tidak menyangka tasik tersebut boleh kering.

“Saya datang bersama isteri untuk mengimbau nostalgia semasa kami muda-muda dahulu yang sering ke sini.

“Namun, kami terkejut apabila sampai sahaja di sini, didapati sebahagian tasik ini ke­ring sehingga menampakkan dasarnya yang merekah.

“Ini menunjukkan tasik ini sudah lama kering. Memang kami tidak menjangkakan kea­daan ini boleh berlaku dan me­nunjukkan cuaca ketika ini sa­ngat panas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN