MUAR: Seorang individu suspek kes jenayah rentung, manakala dua anggota polis cedera parah apabila kedua-dua kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Benteng, Parit Kongsi 4, Parit Jawa, dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, dua anggota polis yang dalam tugasan rondaan cuba menahan kereta yang dipandu individu berkenaan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku…