Sultan Pahang berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 77 penerima - Utusan Malaysia

Sultan Pahang berkenan kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 77 penerima

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 77 orang penerima sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-65.

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Abdulaziz di sini semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 24 penerima.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai penerima darjah kebesaran Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) bersama lapan lagi penerima yang membawa gelaran datuk seri setia.

Turut dikurniakan SAAS yang pertama kali diperkenalkan ini ialah, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tujuh lagi penerima SAAS, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.

Turut tersenarai, Tengku Puteri Seri Teja, Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah; Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Aishah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah; Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Nong Fatimah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Shahariah Al-Marhum Sultan Ahmad Shah.

Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Di Hormati kepada adinda Raja Jordan, Putera Ali Al Hussein.

Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Indera Muhamad Norazlan Aris.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr. Alwi Mohamed Yunus; Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk. Dr. Mohamed Ezani Md Taib serta Perunding Ancom Nylex Berhad, Datuk Ahmad Johari Tun Abdul Razak.

Dua orang menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar dan Secretary General Higher Committee of Human Fratenity, United Arab Emirates (UAE), Datuk Dr. Khalid Ghanim AlGaith.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Ir. Razali Kassim bersama Duta Besar Malaysia ke Itali, Zahid Rastam dan Pengarah Asian Perlite Industries Sdn. Bhd, Encik (Luuk Runia) Lukman Runia Albert dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 53 penerima yang disenaraikan di bawah akan dikurniakan darjah kebesaran dan pingat masing-masing pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penerima yang bakal dikurniakan darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri ialah Pengarah Urusan YTL Power International Berhad, Datuk Seri Yeoh Seok Hong dan Pengarah Urusan Southern Acids ( M ) Berhad, Dr. Low Kok Thye.

Tiga orang menerima SIMP iaitu Presiden/Ketua Eksekutif Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), Profesor Ir. Dr. Lee Sze Wei; Panglima Angkatan Bersama, Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd. Dom dan Panglima Operasi Udara, Datuk Mohd. Shahada Ismail.

Dalam pada itu, 29 orang bakal dikurniakan DIMP iaitu, Peguamcara dan Peguambela Tetuan WV Lye & Partners, Dr. Lye Wing Voi; Presiden Kelab Rodong Golf Muadzam Shah, Baharuddin Abd Jalil; Presiden Stella Maris International School Kuala Lumpur, Tan Beng Cheok; Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nazmi Othman dan Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Atipsom, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Fadil Marsus; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nazli Rasyid Sulong; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak, Ahmad Sabri Mohamed; Pengurus Cawangan Pantai Timur Grant Thornton Malaysia PLT, Firma Akauntan Bertauliah Kuantan, Lee Chai Wah; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd. Rashid Mohamad; Pengarah Eksekutif Kumpulan FajarBaru Builder Group Berhad, Ir. Kong Kam Loong, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB), Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun.

Turut menerima darjah kebesaran sama, Presiden/Naib Canselor Open University Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Izanee Awang, Ahmad Farhan Fauzi, Pengarah Eksekutif Pelita Jujur Sdn. Bhd., Ir. Tan Kok Hin; Ketua Pegawai Eksekutif Boede Security Sdn. Bhd.,. Wan Mhd Hafizam Wan Ismail; Pengarah Urusan Managing Director Longbow Solutions Sdn. Bhd., Ling Sie Chiong; Ketua Pegawai Eksekutif iKHASAS Sdn. Bhd., Kee Sock Kheng; Pengarah Tresor Monde.H Kuala Lumpur, Dr. Monna Ong Siew Siew; Pengarah Urusan Aura Enigma Sdn. Bhd. (AEG), Jacobson Melvin Shaun serta Profesor Kanan dan Dekan Bersekutu Universiti Sunway, Profesor Dr. P. Agamutu.

Turut tersenarai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Leftenan Kolonel Professor Ir Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Pengasas Pengerusi Eksekutif FMT Media Sdn. Bhd., Nelson Fernandez; Ahli Majlis Daerah Pekan, Tengku Ahmad Ashraf Tengku Asmawi; Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Mohd. Norhisham Musa; Pengarah Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Pahang (PLANMALAYSIA Pahang), Nik Noraisu Nik Ibrahim; Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Amzan Abd. Malek; Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dr. Kamaliah Ghazali; Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Roslan Rani dan Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporate Management Services Sdn. Bhd. (PCMS), Abdul Rahim Ahmad.

Sementara itu Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN),. Nadimah Hilwah Mohd. Saifuddin dikurniakan Setia Mahkota Pahang (SMP).

Bagi darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), seramai enam penerima tersenarai iaitu Penolong Pesuruhjaya SPRM/ Pegawai Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd. Fadzil Md. Amin; Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, Zulkhairil Zainuddin; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Sharifful Hakim Suman; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Nurul Intan Suraya Aminuddin; Pegawai Khas Setiausaha Kerajaan Pahang, Noor Hanani Ahmad serta Penolong Setiausaha Kanan Unit Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Che Farhan Che Mansor.

Sementara itu darjah kebesaran Ahli Mahkota Pahang (AMP) akan dikurniakan kepada Zhameir Shafiq Mohd. Ilias; Pengarah Komunikasi Strategik Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer; Pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Saifullah Muhammad Ali; Setiausaha Sulit Menteri Besar Pahang, Abdul Rahman Japar; Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Putri Farhan Najwa Megat Daud; Penolong Pegawai Khas, Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Malaysia Keenam, Ahmad Lutfi Azhar dan Pegawai Perisikan Tentera Negeri Pahang, Mejar Syaiful’ Ammar Suhaimi.

Dalam pada itu Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) akan dikurniakan kepada Penghulu Mukim Ulu Jelai, Lipis, Asyar Amin Ahmad dan Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Rosmiza Abdulllah manakala Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dikurniakan kepada Dianas Hamzah.

Bagaimanapun, mereka yang diperkenankan ini tidak boleh menggunakan gelaran tersebut dalam apa juga bentuk penulisan dan sebutan sehinggalah dikalungkan atau menerimanya pada istiadat akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN