TAMPIN: Hasrat seorang pelajar mahu mendapatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas diuji dengan kematian kedua ibu bapanya tercapai apabila dia lulus cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. Pelajar itu, Y. Sugashini, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar, Tampin itu mendapat kesemua A iaitu bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Tamil, Sejarah dan Ekonomi selepas keputusan peperiksaan STPM 2023 diketahui hari ini. Menurut…










