JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen negeri ini melumpuhkan sindiket pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) apabila menahan lima individu termasuk seorang wanita Myanmar dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kluang, Rabu lalu. Pengarahnya, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam operasi pukul 11.30 pagi itu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 49 tahun. Katanya, sindiket yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu dipercayai mengenakan bayaran RM5,000…