JOHOR BAHRU: Seramai 35 individu termasuk dua wanita ditahan dalam Op Khas Mabuk yang dijalankan secara serentak di 10 daerah di negeri ini, kelmarin dan semalam. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) turut menahan seorang remaja berusia 16 tahun kerana tidak mempunyai lesen memandu. “Dalam operasi bersepadu ini, kita telah menahan seramai 35 individu yang berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun. “Daripada jumlah itu, 32 individu ditahan di bawah Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan kepekatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya