SAR mangsa bas jatuh sungai di Nepal diteruskan

SAR mangsa bas jatuh sungai di Nepal diteruskan

PASUKAN penyelamat mencari mangsa dua bas hanyut di sungai Trishuli, di tapak tanah runtuh di Simaltar.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekurang-kurangnya 63 mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menghanyutkan dua bas dari lebuh raya ke dalam sungai di Nepal, diteruskan awal hari ini.

Kekuatan tanah runtuh yang berlaku di tengah daerah Chitwan mendorong kenderaan itu melepasi penghadang konkrit dan jatuh ke benteng curam, sekurang-kurangnya 30 meter dari jalan raya.

Pasukan penyelamat menghabiskan masa berjam-jam berusaha menyusuri sungai Trishuli, namun operasi itu terhalang oleh air berlumpur dan arus deras, memaksa mereka menghentikan pencarian, semalam.

Pihak berkuasa Nepal berkata, penyelamat menemukan mayat pertama dari dua bas berkenaan, lapor AP.

Keadaan cuaca yang bertambah baik pada Sabtu, membolehkan pasukan penyelamat memperluaskan lagi kawasan pencarian.

Pegawai daerah, Khimananda Bhusal berkata, bas itu membawa sekurang-kurangnya 66 orang, tetapi tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri dan kini menerima rawatan di hospital tempatan.

Kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat di sepanjang lebuh raya Narayanghat-Mugling, sekitar 100 kilometer barat Kathmandu.

Satu bas sedang menuju dari ibu negara ke Gaur di daerah Rautahat di selatan Nepal, dan satu lagi dalam perjalanan ke Kathmandu dari selatan Birgunj.

Kemalangan maut adalah insiden biasa di republik Himalaya itu kerana faktor jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselenggara dan pemanduan secara melulu.

Menurut angka kerajaan, hampir 2,400 orang maut akibat kemalangan jalan raya di Nepal dalam tempoh 12 bulan hingga April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN