HULU SELANGOR: Reman suspek lelaki dipercayai terlibat kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dilanjut selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. Perintah sambung reman selama tujuh hari bermula esok sehingga 29 Julai dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini susulan tempoh reman pertama suspek tamat, hari ini. Perintah itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek berusia 26 tahun yang juga seorang anggota di balai di Perak dilihat memakai baju lokap warna oren…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya