JOHOR BAHRU: Kegembiraan lima beradik bermandi-manda di anak sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Taman Pulai Perdana, Skudai di sini, petang semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Anwar berkata, ketika kejadian itu, bapa mangsa berusia 33, ada bersama mereka. Katanya, dalam kejadian itu, remaja perempuan berusia 14 tahun yang lemas mandi di anak sungai tersebut bersama…










