NARATHIWAT: Rakyat Thailand mendedahkan mereka sukar mendapatkan bekalan diesel seludup sejak kerajaan Malaysia menguatkuasakan penyasaran subsidi bahan api itu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat hampir 100 buah gerai menjual petrol dan diesel yang diseludup dari Malaysia menggunakan laluan tikus di sepanjang Sungai Golok untuk kegunaan penduduk tempatan. Bagaimanapun, hanya 50 buah gerai yang dilihat aktif menjalankan perniagaan itu selepas Malaysia melaksanakan penyasaran diesel di sepanjang laluan utama Sungai Golok ke…










