Pusingan kedua pilihan raya awal Perancis hari ini

Pusingan kedua pilihan raya Perancis hari ini

ORANG ramai mengundi di pusat pengundian di Hotel de Ville di Noumea, New Caledonia dalam pusingan kedua pilihan raya Parlimen Perancis, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis mengadakan pusingan kedua pilihan raya Parlimen hari ini, yang dijangka merombak landskap politik negara itu.

Ini berikutan, tinjauan pendapat meramalkan parti National Rally (RN) akan memenangi jumlah undi terbanyak, tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.

Keputusan sedemikian boleh menjerumuskan negara itu ke dalam parlimen yang tergantung, menjejaskan kuasa Presiden Emmanuel Macron dengan ketara.

Begitu juga jika RN memenangi majoriti, presiden yang pro-perniagaan dan pro-Eropah itu mungkin terpaksa bekerjasama dalam keadaan Parlimen dikuasai parti politik berbeza.

Proses pengundian pusingan kedua dibuka pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan ditutup pada 6 petang di pekan dan bandar kecil, manakala pukul 8 malam di bandar-bandar besar.

Parti RN pimpinan Marine Le Pen mencatat kejayaan bersejarah dengan memenangi undian pusingan pertama minggu lalu, mengintai peluang sebagai kerajaan sayap kanan pertama Perancis sejak Perang Dunia Kedua.

Tinjauan menunjukkan bahawa RN akan menjadi kuasa perundangan yang dominan, tetapi gagal mencapai majoriti 289 kerusi yang Le Pen dan anak didiknya, Jordan Bardelle percaya akan membolehkan mereka menuntut jawatan Perdana Menteri.

RN meningkatkan sokongannya di sebalik kemarahan pengundi terhadap Macron berhubung tekanan belanja isi rumah dan kebimbangan imigresen.

Walaupun RN gagal mencapai matlamatnya, parti itu dilihat akan meningkatkan lebih dua kali ganda daripada 89 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya 2022, dan menjadi pemain utama dalam Parlimen tidak teratur yang akan menjadikan Perancis sukar untuk diperintah.

Ia berisiko melumpuhkan dasar sehingga jawatan Presiden Macron berakhir pada 2027, apabila Le Pen dijangka melancarkan cubaan keempatnya untuk jawatan tertinggi Perancis.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN