SEREMBAN: Polis kini menyiasat insiden seorang lelaki yang didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki lain yang merupakan Orang Besar Undang Luak Rembau dalam kejadian di Balai Undang Luak Rembau, di sini pada 4 Julai lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.12 petang hari yang sama ketika lelaki tersebut menghadiri Majlis Kerapatan Lembaga Suku Biduanda, Orang Besar Undang dan Buapak Lapan Kampung. …










