KUANTAN: Polis daerah ini belum menerima sebarang laporan kejadian kehilangan individu daripada mana-mana pihak susulan penularan mesej dan rakaman suara berkaitan kejadian seorang wanita dikatakan diculik di Perkampungan Sungai Isap di sini hari ini. Mesej dan rakaman suara daripada seorang wanita yang dikatakan melihat kejadian culik itu mula tular sejak tengah hari tadi di aplikasi WhatsApp dan media sosial Facebook. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan…










