PM Britain bina semula hubungan empat negara UK

PM Britain bina semula hubungan empat negara UK

KEIR STARMER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer memulakan lawatan ke empat negara United Kingdom (UK) sebagai sebahagian daripada usaha memperbaharui hubungan dan kerjasama dengan kerajaan Scotland, Ireland Utara dan Wales.

Starmer, pada Ahad mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertama Scotland, John Swinney di Edinburgh dalam usaha untuk ‘mengubah ketidaksepakatan menjadi kerjasama’.

“Bermula hari ini (Ahad) dengan penetapan semula segera pendekatan kerajaan saya untuk bekerjasama dengan menteri pertama dan timbalan menteri pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama bermakna yang berpaksikan rasa hormat dan menjadi kunci untuk menyampaikan perubahan di seluruh United Kingdom,” katanya.

Walaupun setiap negara berperlembagaan di UK memilih ahli di House of Commons di London, mereka juga mempunyai Parlimen serantau sendiri.

Lawatan membina hubungan kerja yang lebih baik di seluruh UK adalah sebahagian daripada misi Starmer untuk berkhidmat kepada rakyat dalam menangani pelbagai masalah yang mendesak.

Kerajaan Buruh mewarisi ekonomi goyah yang menyebabkan rakyat Britain bergelut dengan kos sara hidup selepas masalah ekonomi global dan kesilapan fiskal.

Ia juga rentetan kekecewaan selepas 14 tahun pemerintahan huru-hara Konservatif dan penjimatan fiskal yang merosotkan perkhidmatan awam, termasuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang diisytiharkan rosak oleh Starmer.

Starmer berkata, beliau mahu memindahkan kuasa daripada dewan birokrasi kerajaan di London kepada pemimpin yang lebih memahami keperluan komuniti mereka.

Selepas lawatan singkat itu, beliau akan kembali ke England dan merancang bertemu datuk bandar serantau serta menjalin hubungan dengan ahli politik lain tanpa mengira parti.- AP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN