Pengutip barang lusuh maut terpijak kaca

Pengutip barang lusuh maut terpijak kaca

TANGKAP layar mayat mangsa diusung keluar oleh anggota polis selepas meninggal dunia semasa melakukan kerja-kerja mengutip barangan lusuh di Tapak Pelupusan Sampah Kok Bedollah, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang mencari rezeki dengan mengutip barangan lusuh maut selepas terpijak serpihan kaca semasa melakukan kerja tersebut di tapak pelupusan sampah, Kampung Kok Bedullah di sini pada Isnin lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 37 tahun meninggal dunia meninggal dunia pada pukul 1.30 tengah hari semasa dipapah rakannya ketika dalam perjalanan keluar dari tapak pelupusan sampah itu selepas kaki kanannya mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang memaklumkan rakannya meninggal dunia kira-kira pukul 3.10 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki itu bersama mangsa pergi ke tapak pelupusan tersebut pada pukul 10.30 pagi untuk mencari barangan terpakai seperti tin dan besi buruk.

“Semasa mencari barang tersebut, mangsa terpijak serpihan kaca sehingga menyebabkan bahagian bawah buku lali kaki kanannya mengalami pendarahan yang banyak.

“Mangsa yang sudah tenat dan tidak sedarkan diri dipapah oleh rakannya keluar dari tempat pelupusan sampah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Tumpat di sini yang hadir ke lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan yang teruk akibat terpijak serpihan kaca. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN