Pengusaha kantin simpan 397 kg minyak masak peket tanpa lesen ditahan - Utusan Malaysia

Pengusaha kantin simpan 397 kg minyak masak peket tanpa lesen ditahan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan pengusaha kantin sebuah sekolah menengah di Nilai di sini yang menyimpan 397 kilogram minyak masak peket satu kilogram berjaya dikesan pasukan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan di sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, menerusi Op Tenera yang dijalankan pukul 10.50 pagi itu turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 67 tahun yang  mengaku sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas premis.

“Serbuan oleh empat orang anggota penguat kuasa itu dibuat hasil daripada risikan yang seterusnya membawa kepada rampasan sebanyak 391 kilogram barang kawalan bersubsidi itu yang dianggarkan bernilai RM977.50.

“Di dalam serbuan tersebut, didapati pengusaha kantin berkenaan menyimpan minyak masak paket satu kilogram dengan tujuan memasak makanan bagi pelajar sekolah. Oleh itu minyak masak sebanyak 391 kg dan resit belian barang kawalan telah disita untuk siasatan lanjut.

“Anggota serbuan telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 67 tahun yang telah mengaku sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas premis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Lelaki itu menurut Muhammad Zahir justeru disyaki telah berurusan dengan barang kawalan tanpa lesen atau permit yang sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini