Pengukukuhan OPR bantu ringgit

Pengukukuhan OPR bantu ringgit

AMIR Hamzah (tiga kanan) menyantuni kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semasa mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengukuhkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus berjaya membantu mengekalkan Ringgit sekali gus meletakan mata wang negara itu berada di kedudukan pertama antara negara serantau.

Menteri Kewangan II Datuk Amir Hamzah berkata, pendekatan itu sangat baik untuk sistem kewangan menerusi ‘accommodative policy’ yang membantu menggerakan perkembangan perniagaan.

“Seperti mana yang kita lihat, Ringgit pada Jumaat lalu berada sekitar 4.68 berbanding dollar Amerika, dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70. Alhamdulillah, dalam enam bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat prestasi Ringgit yang bertambah baik.

“Strategi bersepadu Kerajaan Madani di antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia telah memperlihatkan prestasi Ringgit semakin mengukuh. Sehingga 11 Julai, kita dapat melihat Ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Amir memberitahu, antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan termasuk galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dibawa balik ke negara ini.

Katanya, situasi itu membantu meningkatkan interaksi dengan pengeksport untuk menukar hasil mereka kepada ringgit.

“Pada masa mereka turut memantau penukaran hasil eksport dan import, memperkukuhkan ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan.

“Dengan usaha bersepadu ini, dan pengurusan fiskal yang efisien dan berdisiplin, saya yakin dan percaya prestasi matawang pada separuh kedua 2024 akan bertambah baik,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, ringgit dijangka meningkat pada minggu hadapan kepada 4.65 berbanding dolar AS, disokong oleh petunjuk ekonomi yang positif.

Kenanga Investment Bank Bhd berkata, petunjuk tersebut termasuk keadaan pasaran buruh yang stabil, nilai jualan perdagangan pengedaran yang mencatat rekod tertinggi dan status quo Bank Negara Malaysia mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN