HULU SELANGOR: Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah berpuas hati dengan siasatan polis yang menyaksikan suspek kes pembunuhan gadis itu dihadapkan ke muka pengadilan semalam. Anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu bagi pertuduhan membunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu. Sepupu mangsa, Suzur Sofia Smeth Jaya berkata, dia hadir mewakili keluarga mereka menyaksikan prosiding tersebut. “Kami amat berpuas hati dan…