Pembedahan ganti sendi dengan bantuan robotik

Pembedahan ganti sendi dengan bantuan robotik

PEMBEDAHAN penggantian sendi dengan bantuan robotik yang berjaya dilakukan Dr. Chee Wai Hong di Pusat Perubatan Mawar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pusat Perubatan Mawar di sini berjaya melaksanakan pembedahan penggantian sendi dengan bantuan robotik, semalam.

Pakar Bedah Ortopedik Perunding Residen di Pusat Perubatan Mawar, Dr. Chee Wai Hong berkata, pencapaian berkenaan menandakan kemajuan ketara dalam teknologi perubatan yang bertujuan meningkatkan ketepatan pembedahan dan pemulihan pesakit.

Kata beliau, pembedahan penggantian lutut menyeluruh diiktiraf secara meluas sebagai salah satu rawatan paling berkesan untuk keadaan seperti osteoarthritis, sakit sendi, ketidakstabilan dan kecacatan.

Menurut Wai Hong, pesakit biasanya mengalami peningkatan yang luar biasa dalam aktiviti harian dan pengurangan ketara dalam ketidakselesaan lutut selepas pembedahan.

“Pembedahan dibantu robotik menawarkan beberapa kelebihan berbanding kaedah tradisional termasuklah ketepatan peletakan implan yang dipertingkatkan, pemeliharaan tisu lembut di sekeliling, mengurangkan parut dan mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

“Selain itu kehilangan darah juga diminimumkan, masa pemulihan yang lebih cepat, dan perasaan selepas pembedahan yang lebih semula jadi sekali gus menyumbang kepada kepuasan pesakit yang lebih baik dan kembali ke aktiviti biasa yang lebih cepat,” katanya di sini.

Wai Hong berkata, walaupun kos awal untuk memperoleh peralatan robotik dan bahan pakai buang adalah besar, potensi manfaat jangka panjang mewajarkan pelaburan dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN