KOTA BHARU: Suasana di sebuah sekolah menengah di sini bertukar cemas selepas guru dan pelajarnya diserang penyakit demam kepialu sejak minggu lalu. Difahamkan demam itu mula dikesan berlaku dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Seorang ibu kepada pelajar di sekolah berkenaan yang enggan di kenali berkata, peringkat awal demam itu menyerang pelajar asrama. “Kemudiannya ia menular dan menjangkiti pelajar sekolah harian biasa dan semakin bertambah teruk ketika ini. “Pelajar dan guru yang terlibat kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Tumpat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya