PETALING JAYA: Pasangan suami isteri kerugian RM400 selepas cermin belakang kenderaan dinaiki mereka dihentak menggunakan batu sehingga pecah oleh penunggang motosikal di persimpangan Jalan Jengka SS17, dekat Subang Jaya pada 17 Julai lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, wanita berusia 42 tahun yang bekerja sebagai jurubahasa bersama suaminya dalam perjalanan dari SS14 sebelum diekori individu berkenaan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat berkata,…










