KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam mendedahkan, Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) melabur sebanyak RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan dalam pelbagai aktiviti pelaburan. Dapatan itu diperoleh menerusi pembentangan HRD Corp bertarikh 12 Mac 2024 dalam laporan PAC berhubung Pengurusan Dana Latihan Dan Keberkesanan HRD Corp di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya mendapati jumlah kutipan levi…










