Orang Asli masih 'setia' pada BN

Orang Asli masih ‘setia’ pada BN

RAMLI Mohd. Nor (kanan) beramah mesra bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di Dewan Bonda Yah, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di negara ini masih lagi setia kepada Barisan Nasional (BN) sekali gus menyaksikan sokongan terhadap parti itu melebihi 90 peratus walaupun wujud banyak parti politik baharu.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor berkata,
BN dilihat paling banyak berjasa kepada masyarakat berkenaan selain memahami denyut nadi keperluan masyarakat Orang Asli.

“Saya lihat BN, parti yang benar-benar memberi ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk terus bersuara. Jadi saya menyeru kepada masyarakat Orang Asli di sini untuk mengundi calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

“Langkah itu bagi memastikan BN menang pada PRK Nenggiri,” selepas Majlis Perhimpunan Penghulu, Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu tahun 2024 di Dewan Bonda Yah, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN