NS Fest 2024 tingkat pertumbuhan PMKS, pelancongan domestik - Utusan Malaysia

NS Fest 2024 tingkat pertumbuhan PMKS, pelancongan domestik

NS Fest 2024 kini berlangsung meriah di Dataran Nilai, Seremban.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penganjuran Negeri Sembilan Festival 2024 atau NS Fest 2024 dapat meningkatkan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta purata penerimaan pelancong domestik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, NS FEST 2024 yang berteraskan model pelancongan agro dan pelancongan adat harus dilihat bukan hanya sebagai peluang mempamerkan dan memperkenalkan produk sahaja, tetapi merupakan program menyeluruh yang memberi manfaat kepada semua.

“Jika pengunjung datang untuk melihat dan mencari produk terkini atau peluang perniagaan yang baharu, usahawan atau pempamer harus mengutamakan maklum balas tentang apa yang pelanggan mahu dan perlukan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“NS Fest juga menyediakan peluang seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama di antara semua pihak bagi mengangkat produk berkualiti hasil keluaran tempatan untuk dipasarkan dan digunakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian NS Fest 2024 di Dataran Nilai di sini, hari ini. 

Beliau berkata lagi, pelaksanaan program NS Fest 2024 juga mewujudkan satu penjenamaan program yang sinonim dengan Negeri Sembilan dan mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk di Negeri Sembilan malahan juga dari negeri-negeri lain. 

“NS Fest 2024 juga bertujuan untuk menyelaraskan kesemua program berskala kecil atau sederhana yang dilaksanakan oleh agensi dan jabatan kerajaan di peringkat Negeri Sembilan secara bersepadu supaya dapat menghasilkan impak yang lebih berkesan,” katanya. 

Sementara itu, Aminuddin berkata, NS Fest 2024 yang bermula semalam dan berakhir 3 Ogos ini juga melibatkan penganjuran Bersama Perpatih Fest selain penyertaan kira-kira 250 rerurai pempamer termasuk dalam kalangan usahawan dan pameran dari kluster Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Arena Usahawan dan NS Food Festival selain jabatan serta agensi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN