Mohamad Khanapiah trauma bunyi petir, cuaca panas

Mohamad Khanapiah trauma bunyi petir, cuaca panas

MUSTAFA Mat Zin menunjukkan gambar anaknya bersama laporan polis yang dibuat lapan tahun lalu di rumahnya di Kampung Beris Chalok, Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Walaupun lapan tahun sudah berlaku, seorang lelaki yang menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi masih trauma dengan bunyi petir selain tidak boleh terdedah panas terik matahari.

Selain itu, mangsa, Mohamad Khanapiah Mustafa, 20, turut me­ngalami kecacatan kekal apa­bila kulitnya menjadi gelembung menyebabkan dia terpaksa memakai baju lengan panjang untuk ‘menyembunyikan’ penderitaan yang dialami.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bapa kepada lelaki itu, Mustafa Mat Zin, 55, berkata, musibah yang berlaku pada 22 Jun 2016 menyebabkan anak­nya itu mengalami kecacatan kekal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kesan renjatan elektrik itu dapat dilhat dengan jejas terutama pada bahagian muka, lengan dan paha.

“Mohamad Khanapiah kini alah dengan cuaca panas kerana bahagian kulit yang rosak masih kembung berisi.

“Walaupun ujian itu berat untuk ditanggung, namun saya bersyukur kerana usia Moha­mad Khanapiah masih panjang. Dia (Mohamad Khanapiah) kini berusia 20 tahun dan bekerja di sebuah syarikat pemasa­ngan pendingin hawa di Johor Bahru,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Chalok, di sini semalam.

Utusan Malaysia pada 24 Jun 2016 melaporkan kerisauan Mustafa terhadap masa depan anaknya yang melecur 70 peratus terkena renjatan selepas me­rentasi kabel elektrik bervoltan tinggi di tali air di belakang rumahnya.

Ketika kejadian, Khanapiah membonceng motosikal yang ditunggangi jirannya merentasi tiang elektrik yang hampir tumbang.

Mustafa memberitahu, keja­dian itu menyebabkan pem­be­la­jaran anaknya terbantut le­bih tiga tahun kerana terpaksa menjalani pembedahan, rawatan lanjut dan fisioterapi dalam tempoh yang lama.

Katanya, lebih memeritkan ke­tika itu dia kehilangan sumber pendapatan selepas terpaksa memberi tumpuan kepada pe­ngurusan Mohamad Khanapiah di hospital dan di rumah.

“Sepanjang tempoh rawatan lanjut lebih tiga tahun pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi saguhati sebanyak RM15,000.

“Wang tersebut saya gunakan sepenuhnya untuk membeli ubat tambahan serta perbelanjaan pengurusan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya.

Mustafa berkata, pembelaan untuk mendapatkan hak ke atas kecacatan Mohamad Khanapiah sudah tidak boleh dilakukan kerana tempoh kejadian sudah lapan tahun berlalu.

“Hal ini kerana, mendapatkan perkhidmatan guaman kos berjumlah RM16,000 diperlukan. Mana nak dapat duit sebanyak itu dengan kerja sebagai tukang rumah dan tiada harta untuk dijual atau dicagarkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini